22 January 2013

Dalam filem-filem kung-fu ala-ala zaman Wong Feng Hung, ketika Wong Feng Hung berjaya menewaskan musuhnya seramai 20 orang atau lebih  dengan tendangan tanpa bayang dan gerakan kung fu mabuknya, namun disebalik filem itu kita dapat melihat kebanyakkan pelakon-pelaokon tambahannya mengayakan rambut bertaucang. Tahukan anda asal usul dan kenapa mereka ini bertaucang ?


Bertaucang dimulakan oleh bangsa Manchu yang tinggal di sebelah timur laut China berhampiran bersempadan dengan Korea Utara dan Rusia. Mereka  bertaucang bertujuan memudahkan mereka menunggang kuda. Oleh kerana rambut mereka sebelum ini panjang dan menghalang penglihatan ketika menunggang, jadi mereka membotakkan bahagian depan rambut mereka dan mengikat rambut di bahagian belakang seperti  bertaucang. Lama kelamaan ianya menjadi trend  bangsa Manchu.

Pada tahun 1644, bangsa Manchu berjaya menakluk Beijing menewaskan Dinasti Ming dan menggantikannya dengan Dinasti Qing lalu memerintah China sehingga Revolusi 1911. Ketika zaman pemerintahan   Dinasti Qing,  semua rakyat termasuk Bangsa Han diwajibkan bertaucang. Ini mendapat tentangan dari mereka yang  berbangsa  Han yang menganggap rambut adalah pemberian Ibu bapa. Tujuan  Dinasti Qing mengarahkan trend bertaucang bertujuan menunjukkan  kekuasaan dan penaklukan keatas mereka terutama mereka yang berbangsa Han.

1 comment: